tag:blogger.com,1999:blog-295959952024-03-13T10:32:21.688-07:00Keadilan Wilayah PersekutuanMasa Untuk PerubahanModerator e-PKR Wilayahhttp://www.blogger.com/profile/12356865201186581443noreply@blogger.comBlogger17125tag:blogger.com,1999:blog-29595995.post-88075537740706905952007-06-29T23:08:00.000-07:002007-06-29T23:37:29.608-07:00Reformasi tidak matiHarapnya blog ini menjadi sumber informasi Keadilan Wilayah Persekutuan. Itu saja.

Terima kasih kerana terus memberikan perhatian kepada blog ini. Sejak beberapa bulan lalu, saya menerima pelbagai teguran daripada pengunjung mengenai blog ini yang lama tidak dikemaskini. Saya tidak menjawabnya sehinggalah hari ini. Maka, untuk menjaga nama baik dan menjelaskan kekeliruan, biarlah saya terangkan di sini, hari ini.

Suka saya menjelaskan, sejak awal, blog ini tidak berkala dan dibangunkan secara sukarela. Komitmen saya pada mulanya agak besar dan begitu juga dengan akses yang saya ada. Saya mendapat bahan kebanyakannya daripada sumber pertama dan media rasmi parti. Oleh itu, blog ini menjadi hidup.

Ketika saya membangunkannya, saya tidak memberitahu sesiapa dan tidak mempromosikannya. Saya juga memilih merahsiakan diri. Hits blog ini meningkat mendadak sejak Anwar Ibrahim 3.0 membuat pautan di laman mereka. Pautan tersebut dibuat tanpa mengetahui siapa penyelenggaranya dan tanpa memberitahu saya. Saya melihat ini sebagai solidariti utuh di kalangan bloger Reformasi.

Sekarang saya tidak lagi punya akses untuk maklumat reformasi. Saya bukan seorang ahli politik dan tidak aktif dalam organisasi parti di semua peringkat. Saya tidak dapat memberikan tumpuan penuh kerana saya mempunyai komitmen lain. Saya sangat sibuk dengan pekerjaan saya. Saya meminati karya kreatif dan saya perlu menulis sajak dan cerpen. Itu adalah dunia pertama saya. Saya juga membangunkan blog berkonsep majalah (blogzine) berjudul Republik Kata bersama penulis bebas Sam Ahmad. Blogzine ini berkisar tentang pelbagai isu, dan banyaknya soal kebudayaan, politik dan sastera. Dalam Republik Kata, kami mengambil jalur indie (bebas) yang tidak boleh dibikin dalam media organ politik parti. Republik Kata adalah sebuah blog yang obses dengan semangat anak muda, kebebasan, perubahan, intelektual dan seni budaya.

Di sini saya banyak menulis berita. Di sana banyaknya artikel. Sedikit berbeza. Di sini fakta, di sana pandangan. Harap Republik Kata boleh memberi dimensi baru dan meneroka sisi-sisi lain. Kami cuba mengetengahkan pandangan politik rasional. Melupuskan emosi, taksub dan sifat fantik.

Walau bagaimana pun, saya tidak akan tutup blog ini. Harapnya tidak. Saya sayang sekali. Saya ada juga majukan perkara ini kepada beberapa orang yang aktif bergiat dalam parti tetapi saya belum mendapat respon. Saya harap akan menerimanya dan boleh mengaktifkan semula blog ini. Jika tidak mungkin saya akan tutup. Sayonara untuk semua.

Saya juga menawarkan kepada sesiapa yang berminat, mempunyai semangat dan stamina, boleh berhubung dengan saya untuk menjadi penyumbang untuk blog ini. Saya juga hairan, setelah beberapa tahun parti ini wujud, tiada siapa yang mengambil inisiatif menghasilkan blog untuknya mewakili suara reformis Wilayah Persekutuan. Kalaupun nanti saya tiada, saya harap blog ini terus ada.

Janganlah jadi orang yang mengaku jadi aktivis parti tapi pemalas. Kita tidak boleh menang dengan tabiat itu.Moderator e-PKR Wilayahhttp://www.blogger.com/profile/12356865201186581443noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-29595995.post-89348502115991930822007-02-01T18:18:00.000-08:002007-02-01T18:29:36.343-08:00Anwar ceramah di Kampung Dato' Haron
Anwar Ibrahim akan berceramah pada 3 Februari 2007 (Sabtu), 9:00 malam di Padang Reformasi yang beralamat seperti berikut: 32, Jalan Medan (masuk melalui Taman Dato' Haron), Jalan Klang Lama/NPE.

Ceramah dianjurkan oleh Bahagian PJ Selatan. Turut berceramah adalah Dr. Syed Husin Ali, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Sivarasa Rasiah.

Maklumat lanjut hubungi Maharul di talian +6019-2859984.

Iklan ini dipetik daripada Anwar Ibrahim 3.0 dan sebaran melalui SMS.Moderator e-PKR Wilayahhttp://www.blogger.com/profile/12356865201186581443noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-29595995.post-65593322136621742162007-01-19T02:48:00.000-08:002007-01-19T02:54:42.254-08:00Wan Azizah Rasmi Pejabat Bandar Tun RazakPresiden Keadilan Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail akan merasmikan Pejabat Keadilan Bahagian Bandar Tun Razak dan seterusnya ke jamuan teh pada 21 Januari 2007 (Ahad) di 38A, Jalan 10/118B, Desa Tun Razak. Majlis tersebut akan bermula pada jam 2 petang.

Keadilan Bandar Tun Razak adalah antara Bahagian terkuat di Wilayah Persekutuan dan dijangka memberikan tamparan hebat kepada Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang.Moderator e-PKR Wilayahhttp://www.blogger.com/profile/12356865201186581443noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-29595995.post-24621031705897582932007-01-19T00:20:00.000-08:002007-01-19T00:41:06.961-08:00Lawatan Presiden ke Wilayah Persekutuan
Presiden Datin Seri Wan Azizah Wan Islamil akan melawat beberapa kawasan di Wilayah Persekutuan pada 20 dan 21 Januari (esok dan lusa) ini. Beliau akan diiringi oleh Ketua Wanita Pusat Fuziah Salleh.

Pada esok hari, Presiden akan menghadiri Dialog Gerak Kerja Pilihan Raya Keadilan dan PAS Titiwangsa. Dialog melibatkan profesional itu akan turut melibatkan Bendahari Keadilan Tan Sri Khalid Ibrahim dan Irene Fernandez di Kampung Dato' Keramat. Pada malam itu beliau akan turut berceramah.

Lusa, Presiden akan menghadiri Jumble Sale di Brickfields, bersebelahan dengan Stesen KL Monorel dan Pejabat Perhubungan Negeri Wilayah Persekutuan dan pada kemudian Wan Azizah akan bersama-sama penduduk Seksyen 1, Wangsa Maju untuk sebuah program Hi-Tea.Moderator e-PKR Wilayahhttp://www.blogger.com/profile/12356865201186581443noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-29595995.post-1166075297850005262006-12-13T21:38:00.000-08:002006-12-13T21:48:17.866-08:00Anwar Gegar Wilayah (Lagi)Penasihat Parti Dato' Seri Anwar Ibrahim akan berceramah pada 19 Disember 2006, Ahad di Flat Seri Melaka, Cheras jam 9 malam. Turut berceramah dalam majlis tersebut adalah Naib Presiden Dr. Lee boon Chye, Timbalan Setiausaha Agung Dr. Xavier Jayakumar dan Pengerusi Perhubungan Keadilan Wilayah Persekutuan Dr. Sanusi Osman sendiri.

Ceramah ini adalah kali pertama selepas 'tragegi' Lembah Pantai yang berjaya memperoleh permit polis dan dijangka mendapat sokongan ramai daripada semua pihak dan kaum.Moderator e-PKR Wilayahhttp://www.blogger.com/profile/12356865201186581443noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-29595995.post-1162515613071352262006-11-02T16:59:00.000-08:002006-11-02T17:00:13.083-08:00Umar Tan meninggal duniaKetua Penerangan keADILan Wilayah Persekutuan Umar Tan kembali ke rahmatullah pada 4.50 pagi semalam di Hospital Putrajaya kerana serangan jantung. Beliau lebih dikenali sebagai Tan Reformasi.

Baca lanjut dalam Keadilan RakyatModerator e-PKR Wilayahhttp://www.blogger.com/profile/12356865201186581443noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-29595995.post-1162454158157432352006-11-01T23:40:00.000-08:002006-11-01T23:55:58.176-08:00Rumah Terbuka keADILan Wilayah PersekutuankeADILan Wilayah Persekutuan akan mengadakan Majlis Rumah Terbuka sempena dengan Hari Raya Aidilfitri pada 12 November 2006 (Ahad) di perkarangan tempat letak kereta, Taman Bukit Angkasa, Pantai Dalam.

Majlis tersebut dimulakan pada 12:00 tengah hari sehingga 4:00 petang dan dijangkan mendapat sambutan ramai oleh penduduk setempat. Majlis yang berkonsepkan gerai itu mendapat penglibatan semua bahagian-bahagian keADILan di Wilayah Persekutuan, tidak termasuk Labuan. Setiap gerai akan menyediakan juadah yang berbeza-beza.

Ramadan lalu, kunjungan Presiden ke Lembah Pantai mendapat sambutan yang memberangkan daripada orang ramai. Begitu juga dengan kunjungan Penasihat parti Dato' Seri Anwar Ibrahim di Perumahan Pantai Permai yang hanya bersebelahan dengan Taman Bukit Angkasa pada 20 Ogos 2006 yang lalu.

Majlis ini diarahkan oleh Bendahari keADILan Wilayah Persekutuan Osman Karim dan sebarang pertanyaan boleh dimajukan kepada Sekretariat Keadilan Wilayah Persekutuan di talian 03-22724220 atau e-mel pada sukwp@yahoo.com.my.Moderator e-PKR Wilayahhttp://www.blogger.com/profile/12356865201186581443noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-29595995.post-1160546563147277812006-10-10T22:36:00.000-07:002006-10-10T23:02:43.163-07:00Perutusan Ramadan, Aidilfitri dan DeepavaliKembali kepada fitrah, semangat mengatasi keburukan

keADILan Wilayah Persekutuan mengucapkan selamat berpuasa dan menyambut Hari Raya Aidilfitri dan perayaan Deepavali yang bakal tiba kepada seluruh rakyat Malaysia.

Seperti yang kita semua maklum, berpuasa dapat mengingatkan dan menginsafi diri bahawa dalam keadaan ekonomi yang kononnya makmur dan mewah ini, masih terdapat di kalangan kita yang kelaparan dan hidup dalam serba kekurangan. Oleh itu menjadi kewajipan kita bangun bersama-sama berjuang menegakkan sebuah negara yang adil, bebas dan peduli terhadap nasib warganya.

Aidilfitri yang akan kita sambut nanti mewakili semangat agar kembali kepada fitrah kejadian manusia yang suci dan bersih. Manakala Deepavali pula asalnya meraikan bagaimana kuasa kebaikan (cahaya) mengalahkan kejahatan (kegelapan).

Oleh itu, atas semangat dua perayaan besar ini, kami menyeru supaya rakyat terus mempertahan dan memperjuangkan semangat kebebasan dan keadilan sesuai dengan fitrah dan kejadian manusia. kemudian, kita dapat saksikan bagaimana cahaya kebaikan itu mengalahkan kejahatan-kejahatan dalam politik negara kita yang sedang korup dan menyimpang dari landasan yang sepatutnya.

Selamat menyambut Ramadan serta Aidilfitri dan Deepavali yang bakal menjelang.

Moderator dan tenaga sokongan epkrwilayah.
Kuala LumpurModerator e-PKR Wilayahhttp://www.blogger.com/profile/12356865201186581443noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-29595995.post-1160112951727033412006-10-05T22:21:00.000-07:002006-10-05T22:40:35.693-07:00Wan Azizah lawat Pasar Ramadan Masjid India & Kg. BaruPresiden Parti Datin Sri Dr. Wan Azizah Wan Ismail akan melawat pasar Ramadan di Jalan Melayu, Masjid India pada Sabtu (7 Oktober 2006) ini. Rombongan Presiden akan berkumpul di Stesen LRT Masjid Jamek, berdekatan Bank OCBC pada jam 3.00 petang.

Pada jam 4.30, daripada Masjid India, rombongan Datin Sri Presiden akan berkumpul di Kampung Baru Medical Centre untuk meneruskan lawatan ke Jalan Raja Alang.Moderator e-PKR Wilayahhttp://www.blogger.com/profile/12356865201186581443noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-29595995.post-1156309874462623842006-08-22T21:55:00.000-07:002006-08-22T22:11:14.483-07:00ANWAR GEGAR LEMBAH PANTAIKUALA LUMPUR: Penasihat Parti Keadilan Rakyat Anwar Ibrahim menyebut, dalam isu konflik antara bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir dan Perdana Menteri Abdullah Badawi, menyebut bahawa rakyat tidak harus diheret sama dalam pertelingkahan ini kerana masalah sebenar kita ialah sebuah sistem yang zalim.

"Apa bezanya Rafidah (Aziz) dalam kabinet Dr. Mahathir dan Rafidah dalam kabinet Pak Lak," katanya lagi, memberikan contoh sinis, dalam sebuah ucapan di Perumahan Pantai Permai, Pantai Dalam, ahad lalu.

Menurut Anwar, tentangan yang diberikannya adalah tentangan kepada pemimpin yang korup dan zalim.

"Saya bukan menentang pemimpin Umno tetapi yang kita tentang adalah pemimpim Umno yang rasuah,' rujarnya lagi.

Beliau menambah bahawa beliau tidak berniat sekali-kali untuk kembali menyarung baju Umno.

Dalam ucapan lebih kurang setengah jam yang tidak mendapat permit pihak polis itu walau bagaimana pun tidak mendapat sebarang gangguan dan berakhir dengan aman. Ketua Angkatan Muda Ezam Mohamad Nor yang berucap sebelum itu memberi jaminan kepada pihak polis bahawa perhimpunan itu akan berakhir dengan aman tanpa sebarang masalah.

Dalam ucapannya, dia menyentuh soal surat antara Dr. Mahathir dengan Perdana Menteri Singapura berikutan isu jambantan bengkok yang mana statusnya ditarik balik daripada Akta Rahsia Rasmi (OSA). Dalam ulasan beliau itu dijelaskan bahagaimana manipulasi kerajaan dalam maklumat-maklumat kerajaan.

Ezam pernah ditahan kerana dikatakan membongkarkan rahsia rasmi kerajaan dalam kes 'rahsia kotak Ezam'.

Anwar Ibrahim telah menerima jemputan bersembahyang Magrib berjemaah bersama penduduk setempat dan mengunjungi rumah pengerusi persatuan penduduk di kawasan perumahan yang baru dibuka itu.

Kedatangan beliau disambut sekurang-kurangnya oleh 100 orang penduduk dan 200 orang pemuda AMK Lembah Pantai dan dihadiri seramai 4500 orang pengunjung dari pelbagai kaum.Moderator e-PKR Wilayahhttp://www.blogger.com/profile/12356865201186581443noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-29595995.post-1154760734826831582006-08-04T23:28:00.000-07:002006-08-11T00:21:25.646-07:00Anwar Ibrahim perjelas isu Dr. M vs Pak Lah

Anwar Ibrahim
Penjelasan Isu Tun Dr. M vs Pak Lah

Tarikh: 20hb Ogos, 2006 (Ahad)
Masa: 8.30 malam
Tempat: Perumahan Pantai Permai, Pantai Dalam

Dianjurkan oleh Angkatan Muda Keadilan Lembah Pantai.

Maklumat lanjut hubungi wpkeadilan@yahoo.com.my.Moderator e-PKR Wilayahhttp://www.blogger.com/profile/12356865201186581443noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-29595995.post-1151997772682431092006-07-04T00:11:00.000-07:002006-07-04T00:22:52.693-07:00Blog Pusat Khidmat Parlimen Lembah Pantai ada agenda politik?

Blog Pusat Khidmat Parlimen Lembah Pantai seolah-olah mempunyai agenda politik tersendiri ahli parlimen kawasan tersebut dengan memaparkan mesej berbaur politik kepartian Barisan Nasional (BN) dan UMNO. Blog yang bermula dengan entri pertamanya pada 17 April 2006 itu didapati menyampaikan mesej BN dan UMNO secara terbuka selain beberapa link yang dibuat langsung kepada komponen parti tersebut seperti link kepada Pemuda dan Putri UMNO Lembah Pantai.

Kami merasakan hal ini tidak wajar memandangkan Pusat Khidmat Parlimen hendaklah memfokuskan kepada menyelesaikan masalah dan aduan-aduan rakyat tidak kira dari pelbagai latar politik. Hal ini boleh menyebabkan rasa kurang selesa penduduk yang tidak menyokong BN dan UMNO.

Pihak kami berharap ahli parlimen dapat menjalankan amanah yang dipikulnya sebagai wakil kepada seluruh warga Lembah Pantai, bukan wakil kepada pengundi BN sahaja. Usaha membangunkan dan menyediakan Lembah Pantai yang lebih selesa adalah tanggung jawab utama beliau.Moderator e-PKR Wilayahhttp://www.blogger.com/profile/12356865201186581443noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-29595995.post-1151996859600495422006-07-03T23:57:00.000-07:002006-07-04T00:11:38.440-07:00Keadilan Lembah Pantai lancar blog

Berikutan perkembangan dunia blog yang makin rancak, hingga 'memaksa' ahli politik turut sama melibatkan diri sebagai blogger, Keadilan Lembah Pantai telah meluncurkan sebuah blog khas untuk merakam perkembangan politik di kawasan tersebut. Lembah Pantai cuba mengetengahkan isu-isu berkaitan pengundi hantu, pertembungan politik yang menarik di Lembah Pantai serta penduduk yang masih banyak tiada kerja di parlimen ini. Blog tersebut boleh dilayari di http://keadilanlembahpantai.blogspot.com atau klik di sini.Moderator e-PKR Wilayahhttp://www.blogger.com/profile/12356865201186581443noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-29595995.post-1151991238258863022006-07-03T22:16:00.000-07:002006-07-03T22:33:58.270-07:00Saman trafik Shahrizat RM 6900

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Datuk Seri Shahrizat Jalil disaman sejumlah RM 6900.00 untuk kesalahan trafik tetapi selepas diskaun beliau hanya dikehendaki membayar sejumlah RM 3040 sahaja.

Suara Keadilan bertarikh 6 Julai 2006, mengutip sumber rilek.com.my turut membongkar kesalahan lalu lintas Perdana Menteri (PM) Dato' Seri Abdullah Badawi, bekas PM Tun Mahathir Mohamad dan Rafidah Aziz.

Akhbar tersebut juga mempersoalkan kenapa menteri-menteri ini tidak diburu dan ditangkap seperti orang lain seperti dalam Ops Warta IV yang bermula Julai hingga Ogos ini selain kewajaran menteri yang mendapat diskaun sehinggga 70 peratus.Moderator e-PKR Wilayahhttp://www.blogger.com/profile/12356865201186581443noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-29595995.post-1150113853253303532006-06-12T04:56:00.000-07:002006-06-12T05:30:44.156-07:00Sanusi + 3 kena waran tangkap
Mahkamah Majistret Kuala Lumpur mengeluarkan waran tangkap terhadap Pengerusi Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (keADILan) Dr. Sanusi Osman, Ketua Penerangan Tian Chua dan pengarah filem Hishamudin Rais dan Abdul Rahman Ariffin kerana gagal menghadiri perbicaraan 15 Mei berhubung kes Arsenik 2 di perkarangan Masjid Negara pada November 1999.

Suara Keadilan 12 Jun melaporkan bahawa mereka dituduh menyertai perhimpunan tanpa permit dari Masjid Negara menuju Istana Negara untuk menyerahkan memorundum kepada yang dipertuan Agung berhubung dakwaan keracunan arsenik Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Kes tersebut disambung semula pada 12 hingga 16 Februari tahun depan. Jika sabit kesalahan mereka boleh dipenjarakan sehingga dua tahun atau dikenakan denda maksimum RM10000 atau kedua-duanya sekali.Moderator e-PKR Wilayahhttp://www.blogger.com/profile/12356865201186581443noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-29595995.post-1150113059006336182006-06-12T04:38:00.000-07:002006-06-12T04:51:26.160-07:00Zahir Hassan kena terajangKuala Lumpur: Timbalan Pengerusi Perhubungan merangkap Timbalan Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (keADILan) Zahir Hassan telah ditolak, dijatuhkan, diterajang dan dipukul berulang kali oleh empat atau lima orang FRU dalam sebuah demonstrasi membantah kenaikan harga bahan bakar dan tarif elektrik di menara ibu negara pada 28 Mei 2006.

Beliau juga mendakwa polis telah menyembur air asid kepada demonstran, merempoh isteri dan anaknya sehingga anak beliau tersungkur.

"Doktor periksa saya dan beritahu bahawa perlu dilakukan x-ray kepala," mengikut beliau seperti dilaporkan dalam Suara Keadilan bertarikh 12 Jun 2006.

"Biarpun berdepan dengan pengalamn ngeri, itu tidak melemahkan semangat kami sekeluarga. Bahkan kami sekeluarga lebih bersemangat untuk melawan kezaliman dan penindasan," katanya lagi.Moderator e-PKR Wilayahhttp://www.blogger.com/profile/12356865201186581443noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-29595995.post-1150111669380605482006-06-12T04:22:00.000-07:002006-06-12T04:35:58.816-07:00Anwar Ibrahim 3.0 dilancarkan
Sebuah blog berkaitan Dato' Seri Anwar Ibrahim (DSAI) bertemakan Agenda Malaysia Baru telah dilanjarkan beberapa minggu lalu. Dalam blog ini, DSAI dikatakan telah memasuki fasa ketiga dalam perkembangan politik beliau. Blog yang diusahakan oleh Khalid Jaafar dan beberapa orang blogger lagi boleh dilayari di alamat http://anwaribrahimblog.com.Moderator e-PKR Wilayahhttp://www.blogger.com/profile/12356865201186581443noreply@blogger.com