Tuesday, July 04, 2006

Blog Pusat Khidmat Parlimen Lembah Pantai ada agenda politik?



Blog Pusat Khidmat Parlimen Lembah Pantai seolah-olah mempunyai agenda politik tersendiri ahli parlimen kawasan tersebut dengan memaparkan mesej berbaur politik kepartian Barisan Nasional (BN) dan UMNO. Blog yang bermula dengan entri pertamanya pada 17 April 2006 itu didapati menyampaikan mesej BN dan UMNO secara terbuka selain beberapa link yang dibuat langsung kepada komponen parti tersebut seperti link kepada Pemuda dan Putri UMNO Lembah Pantai.

Kami merasakan hal ini tidak wajar memandangkan Pusat Khidmat Parlimen hendaklah memfokuskan kepada menyelesaikan masalah dan aduan-aduan rakyat tidak kira dari pelbagai latar politik. Hal ini boleh menyebabkan rasa kurang selesa penduduk yang tidak menyokong BN dan UMNO.

Pihak kami berharap ahli parlimen dapat menjalankan amanah yang dipikulnya sebagai wakil kepada seluruh warga Lembah Pantai, bukan wakil kepada pengundi BN sahaja. Usaha membangunkan dan menyediakan Lembah Pantai yang lebih selesa adalah tanggung jawab utama beliau.

Monday, July 03, 2006

Keadilan Lembah Pantai lancar blog



Berikutan perkembangan dunia blog yang makin rancak, hingga 'memaksa' ahli politik turut sama melibatkan diri sebagai blogger, Keadilan Lembah Pantai telah meluncurkan sebuah blog khas untuk merakam perkembangan politik di kawasan tersebut. Lembah Pantai cuba mengetengahkan isu-isu berkaitan pengundi hantu, pertembungan politik yang menarik di Lembah Pantai serta penduduk yang masih banyak tiada kerja di parlimen ini. Blog tersebut boleh dilayari di http://keadilanlembahpantai.blogspot.com atau klik di sini.

Saman trafik Shahrizat RM 6900

Photobucket - Video and Image Hosting

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Datuk Seri Shahrizat Jalil disaman sejumlah RM 6900.00 untuk kesalahan trafik tetapi selepas diskaun beliau hanya dikehendaki membayar sejumlah RM 3040 sahaja.

Suara Keadilan bertarikh 6 Julai 2006, mengutip sumber rilek.com.my turut membongkar kesalahan lalu lintas Perdana Menteri (PM) Dato' Seri Abdullah Badawi, bekas PM Tun Mahathir Mohamad dan Rafidah Aziz.

Akhbar tersebut juga mempersoalkan kenapa menteri-menteri ini tidak diburu dan ditangkap seperti orang lain seperti dalam Ops Warta IV yang bermula Julai hingga Ogos ini selain kewajaran menteri yang mendapat diskaun sehinggga 70 peratus.