Tuesday, July 04, 2006

Blog Pusat Khidmat Parlimen Lembah Pantai ada agenda politik?



Blog Pusat Khidmat Parlimen Lembah Pantai seolah-olah mempunyai agenda politik tersendiri ahli parlimen kawasan tersebut dengan memaparkan mesej berbaur politik kepartian Barisan Nasional (BN) dan UMNO. Blog yang bermula dengan entri pertamanya pada 17 April 2006 itu didapati menyampaikan mesej BN dan UMNO secara terbuka selain beberapa link yang dibuat langsung kepada komponen parti tersebut seperti link kepada Pemuda dan Putri UMNO Lembah Pantai.

Kami merasakan hal ini tidak wajar memandangkan Pusat Khidmat Parlimen hendaklah memfokuskan kepada menyelesaikan masalah dan aduan-aduan rakyat tidak kira dari pelbagai latar politik. Hal ini boleh menyebabkan rasa kurang selesa penduduk yang tidak menyokong BN dan UMNO.

Pihak kami berharap ahli parlimen dapat menjalankan amanah yang dipikulnya sebagai wakil kepada seluruh warga Lembah Pantai, bukan wakil kepada pengundi BN sahaja. Usaha membangunkan dan menyediakan Lembah Pantai yang lebih selesa adalah tanggung jawab utama beliau.