Monday, June 12, 2006

Sanusi + 3 kena waran tangkap


Mahkamah Majistret Kuala Lumpur mengeluarkan waran tangkap terhadap Pengerusi Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (keADILan) Dr. Sanusi Osman, Ketua Penerangan Tian Chua dan pengarah filem Hishamudin Rais dan Abdul Rahman Ariffin kerana gagal menghadiri perbicaraan 15 Mei berhubung kes Arsenik 2 di perkarangan Masjid Negara pada November 1999.

Suara Keadilan 12 Jun melaporkan bahawa mereka dituduh menyertai perhimpunan tanpa permit dari Masjid Negara menuju Istana Negara untuk menyerahkan memorundum kepada yang dipertuan Agung berhubung dakwaan keracunan arsenik Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Kes tersebut disambung semula pada 12 hingga 16 Februari tahun depan. Jika sabit kesalahan mereka boleh dipenjarakan sehingga dua tahun atau dikenakan denda maksimum RM10000 atau kedua-duanya sekali.

Zahir Hassan kena terajang

Kuala Lumpur: Timbalan Pengerusi Perhubungan merangkap Timbalan Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (keADILan) Zahir Hassan telah ditolak, dijatuhkan, diterajang dan dipukul berulang kali oleh empat atau lima orang FRU dalam sebuah demonstrasi membantah kenaikan harga bahan bakar dan tarif elektrik di menara ibu negara pada 28 Mei 2006.

Beliau juga mendakwa polis telah menyembur air asid kepada demonstran, merempoh isteri dan anaknya sehingga anak beliau tersungkur.

"Doktor periksa saya dan beritahu bahawa perlu dilakukan x-ray kepala," mengikut beliau seperti dilaporkan dalam Suara Keadilan bertarikh 12 Jun 2006.

"Biarpun berdepan dengan pengalamn ngeri, itu tidak melemahkan semangat kami sekeluarga. Bahkan kami sekeluarga lebih bersemangat untuk melawan kezaliman dan penindasan," katanya lagi.

Anwar Ibrahim 3.0 dilancarkan


Sebuah blog berkaitan Dato' Seri Anwar Ibrahim (DSAI) bertemakan Agenda Malaysia Baru telah dilanjarkan beberapa minggu lalu. Dalam blog ini, DSAI dikatakan telah memasuki fasa ketiga dalam perkembangan politik beliau. Blog yang diusahakan oleh Khalid Jaafar dan beberapa orang blogger lagi boleh dilayari di alamat http://anwaribrahimblog.com.